PRK Sungai Bakap: Cikgu Joo jauh lebih menyerlah berbanding Abidin
Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad menyifatkan calon Kerajaan Perpaduan Sungai Bakap jauh lebih menyerlah berbanding calon yang diletakkan Perikatan Nasional (PN).
“Kalau kita lihat dari sudut perbandingan calon PN dan Perpaduan,memang tanpa segan silu, kita boleh katakan calon yang diletakkan Kerajaan Perpaduan adalah jauh lebih menyerlah.
“Jauh lebih menyerlah itu adalah daripada segi kewibawaannya, kerjaya dan sumbangan beliau kepada masyarakat dan negara.
“Saya merasakan calon Kerajaan Perpaduan dia menang dengan jelas dan nyata kalau dibandingkan dengan calon PN kerana Abidin bukanlah seorang yang begitu terkenal dan bukan seorang yang pernah menjawat jawatan tinggi,” katanya dalam rancangan bual bicara di Jom Channel, malam tadi.
Menurut Khalid yang juga Pengerusi AMANAH Wilayah Persekutuan, calon yang diletakkan Kerajaan Perpaduan merupakan seorang pendidik yang telah banyak menyumbang kepada membina tenaga pengajar dan juga para pelajar
“Beliau pun memang anak tempatan di Sungai Bakap, orang semua kenal dia, dan dia dikatakan sebagai seorang yang sangat baik hati dan rendah diri,” ujar beliau lagi.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada 6 Julai ini akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu iaitu antara calon PH-BN dan PN.
Calon Perpaduan, Dr Joohari Ariffin akan menentang bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal, Abidin Ismail, atau Abang Bidin yang mewakili PN.
PRK Sungai Bakap diadakan susulan kekosongan luar jangka apabila penyandangnya Nor Zamri Latiff daripada Pas meninggal dunia pada 24 Mei lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 22 Jun dan 2 Julai.
BACA JUGA http://‘Saya datang kali kedua sebagai Menteri Kesihatan, tak akan kompromi kes buli’
Â