Dewan Rakyat gamat, status MP Tanjong Karang diperdebat

Sesi Dewan Rakyat pagi ini gamat sekejap apabila Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) bangun untuk tanya kedudukan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanafi.

Soalan itu ditanya kepada Timbalan Speaker, Alice Lau Kiong Yeng selepas Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) selesai bahas.

”Puan, aturan mesyuarat puan. Puan masih muda, tapi saya minta petua.

”Saya nak tahu kedudukan Tanjong Karang? adakah di pihak kerajaan atau pun pembangkang?,” soal beliau.

Kemudian Alice bertanya aturan mesyuarat yang mana dan Zulkifly menyatakan aturan mesyuarat hari ini.

”Kalau tak ada kaitan dengan.. jangan bazir masa.. cepat,” kata Alice.

Che Mohamad kemudiannya membalas pertanyaan Alice.

”Ada kaitan, ada kaitan.. kita tak bazir masa, puan..

”Saya tak bazir masa, saya ingin mendapat penjelasan puan.. ini mesyuarat,” tegas beliau lagi.

Bagaimanapun Alice mengarahkan wakil rakyat PN itu duduk.

“Tiada peraturan mesyuarat yang disebutkan.. jadi sila duduk.. saya jemput Khairil Nizam (PN-Jerantut)

”Sila duduk. Jangan bazir masa nanti baru minta penjelasan tuan speaker.. sila duduk,” katanya lagi.

Tapi Ahli Parlimen Besut itu dilihat mahu dapatkan penjelasan tentang status Dr Zulkafperi.

”Ah sudah macam ini.. tak layan langsung,” ujar beliau kepada Timbalan Speaker sekali gus membuatkan Alice mengeluarkan kenyataan kalau tak puas hati sila keluar.

Bagaimanapun Che Mohamad yang meminta Alice berlaku adil akur dengan arahan untuk duduk dan memberi laluan kepada Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) untuk bahas.

BACA JUGA Jawapan terbaik Menteri Kewangan II kepada Radzi Jidin, inilah profesional 

Â