‘Dok cari mana The Greater Kedah ni? Ingatkan top 5’
Kelmarin, Selangor merekodkan kejayaan baharu apabila mencipta sejarah menyumbang sebanyak 25.9 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2023.
Susulan itu seorang TikTokers, harunshah1991 mempersoalkan di mana Kedah ketika Selangor melakar kejayaan dalam KDNK.
”Tahniah aku ucapkan kepada negeri Selangor sebab kekal menjadi penyumbang utama KDNK di Malaysia.
”Malah, Selangor menjadi negeri pertama dalam sejarah jana lebih RM400 bilion dalam setahun.. mantul! diikuti dengan KL, Johor, dan Sarawak..
”Aku dok cari mana The Greater Kedah ni? Sembang kemaih sangat ingatkan top 5.
”Rupa-rupanya duduk tangga keenam tercorot,” katanya di TikTok.
Semalam, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyifatkan Kerajaan Perpaduan di negeri berkenaan berada di landasan tepat untuk mengemudi negeri ke puncak kegemilangan.
Beliau berkata, peningkatan sumbangan KDNK nilai aktiviti ekonomi mencecah RM400 bilion dan saiz ekonomi yang meningkat adalah bukti kerajaan negeri berada di landasan yang betul.
“Alhamdulillah, Selangor terus mencatat kejayaan demi kejayaan,” ujar Pengerusi PH negeri itu.