Kalau Anwar masuk campur kes mahkamah, jangan mimpi lah tengok cucu

Semalam, Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan bekas perdana menteri, Tan Sri Mahiaddin Md Yasin untuk mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara bagi membolehkannya menghadiri majlis graduasi cucu di United Kingdom.

Ini bukan kali pertama Mahiaddin diberi kebenaran mendapatkan pasportnya kerana awal Februari tahun ini, beliau juga dibenarkan mendapat pasport sementara untuk menghadiri perasmian restoran rakannya di Bangkok, Thailand.

Susulan itu, seorang pemerhati politik Norman Radzuan berpendapat dua situasi itu menunjukkan Perdana Menteri sebenarnya tidak pernah mencampuri urusan mahkamah.

Ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad katanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pergi berubat pun tidak dibenarkan.

Kata beliau, jika Anwar seperti Mahathir yang mencampuri urusan mahkamah, ‘jangan mimpi’ Mahiaddin dapat melihat graduasi cucunya di London dan pasti tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri.

“Zaman Mahathir, Anwar nak pergi berubat pun tidak boleh, malah Mahathir kata Anwar menipu. Begitu jahat ketika zaman rejim Mahathir walaupun kita tahu Anwar terus dibelasah sehingga pengsan oleh ketua polis negara ketika itu.

“Ramai yang tidak percaya Anwar tidak masuk campur urusan mahkamah sehingga mengatakan keputusan mahkamah terhadap Zahid adalah campur tangan darinya sedangkan Zahid bebas 40 tuduhan itu di zaman Ismail Sabri. 

“Anwar dari dulu beritahu perlunya reformasi pengasingan kuasa. Ini telah dilakukan olehnya. 

“Jika Anwar masuk campur jangan mimpi ada pilihan raya di Nenggiri, jangan mimpi lah Mahiaddin setakat nak lihat cucu di luar negara dibenarkan berbuat demikian,” ulasnya di Facebook.

BACA JUGA Saman fitnah: Guan Eng tuntut Afif mohon maaf, bayar ganti rugi RM5 juta