Tahun lepas (2023) mencatatkan jumlah pelancong tertinggi domestik 26 juta orang datang ke negeri Selangor – Amirudin

FOTO BERITA: Majlis Pelancaran i-Mesra & Karnival Ihsan Madani “Pesta Selera” disempurnakan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor YB Dato’ Seri Amirudin Shari di Perkarangan Parkir Kereta Bersebelahan Hospital KPJ Ampang Puteri, Ampang Selangor. 5hb Julai 2024 (Jumaat)

Aplikasi i-Mesra membolehkan premis makanan untuk merekod dan menjejaki penggunaan bahan mentah dengan tepat, memastikan pematuhan penuh terhadap panduan halal dan/atau patuh syariah

Sistem i-Mesra, satu sistem rujukan yang berupaya membantu pengusaha perkhidmatan makanan dalam menguruskan inventori bahan ramuan dan pendigitalan bisnes

Dato’ Menteri besar melancarkan Aplikasi i-Mesra yang disaksikan juga YB Hajah Rodziah

Menikmati fasiliti perbankan terutama tempoh pusingan modal lebih lama khusus buat Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana (PMKS) di sepanjang rantaian nilai dan bekalan i-Mesra

Pesta Selera acara mengumpulkan penyuka makanan, penghibur budaya, usahawan F&B, dan pakar industri untuk merayakan landskap kuliner yang pelbagai di Ampang