Menang besar macam mana pun, kerajaan negeri, pusat tak tumbang

TikTokers Wan Hadi sifatkan kemenangan Perikatan Nasional (PN) pada PRK Sungai Bakap semalam tidak ‘mempengaruhi’ kerajaan negeri atau pusat.

”Aku nak bagitahu kepada yang duk sebut sebut nama aku ni kan.. keputusan malam ni (malam tadi) tak mengubah apa-apa langsung

”Baik di peringkat negeri Pulau Pinang atau persekutuan.. tak ada perubahan apa-apa langsung,” katanya di TikTok.

Malah katanya, rakyat Sungai Bakap yang rugi sebab mereka ada peluang untuk jadi kerajaan.

”Mereka ada peluang untuk pilih wakil rakyat yang wakil kepada kerajaan, ada jambatan terus hubungkan antara negeri dan pusat

”Tapi mereka pilih untuk jadi pembangkang.. tapi tak ada masalah.. kita tak menghina keputusan ini.. kita hormat keputusan mereka.

”Cuma nak bagitahu kerajaan tak tumbang pun, menanglah besar macam mana pun, kerajaan negeri dan pusat tak tumbang pun,” katanya lagi.

PRK semalam menyaksikan Abidin Ismail menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin.

Abidin menang dengan memperoleh 14,489 undi menewaskan pencabarnya Dr Joohari yang meraih 10,222 undi.

Abang Bidin menang dengan majoriti 4,267 undi.

BACA JUGA http://Gabungan Perpaduan hormat suara pengundi, terima kekalahan – PM