Tak sangka eksport halal Malaysia cecah RM54 bilion tahun lepas

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mendedahkan nilai eksport bagi industri halal negara setakat tahun lepas telah mencecah RM54 bilion.

Beliau berkata, kerajaan selepas ini akan terus komited meningkatkan bilangan usahawan yang mengeluarkan produk berstatus halal, terutamanya menerusi program Jelajah Halal Malaysia (JHM).

JHM bertujuan membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mendapatkan pendedahan mengenai peluanguntuk menembusi bukan sahaja pasaran tempatan tetapi juga pasaran eksport dalam industri halal.

Beliau berkata, industri halal memainkan peranan penting dalam memangkin pertumbuhan ekonomi negara dan sektor itu berpotensi untuk terus berkembang memandangkan industri halal global diunjurkan mencecah AS$5 trilion (AS$1 = RM4.71) menjelang 2030.

“Sehingga kini, program JHM berjaya membabitkan lebih daripada 1,800 PMKS sejak ia dianjurkan pada 2022,” katanya menurut laporan Bernama.

Tengku Zafrul berkata, melalui JHM di Kota Bharu, Kelantan sebelum ini, Halal Development Corporation Bhd (HDC)  berjaya membantu 15 usahawan menempatkan produk mereka di Pasar Raya Besar Mydin Tunjong melalui sesi padanan perniagaan.

BACA JUGA 2 hari sebelum ditemui, penduduk didakwa buat upacara ‘Miring’ mohon Prebet Syafiq ‘dipulangkan’