Tindakan disiplin terhadap menteri guna jentera kerajaan ketika kempen – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar tidak akan teragak-agak mengambil tindakan disiplin terhadap menteri kabinetnya jika terdapat bukti menggunakan jentera kerajaan semasa kempen pilihan raya diadakan.

Anwar menegaskan, ia adalah keputusan Jemaah Menteri supaya mana-mana menteri, penjawat awam mahupun agensi kerajaan untuk tidak menggunakan jentera kerajaan sebaik selepas hari penamaan calon.

“Ini kerana ada kaitan dengan prinsip yang kita bawa ini (iaitu membanteras rasuah).

“Budaya rasuah yang kita tidak mahu diteruskan tetapi kalau umpamanya penerusan projek sebelum (hari) penamaan calon saya tidak fikir ia perlu dibangkitkan.

“Kalau ada pelanggaran ini tentunya Jemaah Menteri harus dikenakan tindakan disiplin kerana melanggar keputusan Jemaah Menteri,” katanya semasa sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan tambahan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) yang ingin tahu sama ada kerajaan bersedia menghentikan budaya seperti pelaksanaan pengumuman projek baharu di sesuatu kawasan yang terlibat pilihan raya.

BACA JUGA Baru tahu kos taja Fan BingBing jadi duta pelancongan hampir setengah juta ringgit

Â