PM Anwar umum peruntukan RM1 juta baik pulih kuarters di IPD Marang

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi kos membaik pulih 20 unit kuarters polis di IPD Marang yang rosak.

Perdana Menteri berkata, peruntukan itu akan diluluskan minggu depan dan berharap dapat memberi keselesaan kepada anggota yang bakal menghuni kuarters berkenaan.

Berucap pada Majlis Ramah Mesra bersama Warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) Terengganu di Dewan Sri Kapas Ibu Pejabat Polis Daerah Marang hari ini beliau menegaskan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang menyalahguna kuasa dan rasuah.

“Kalau kita nak angkat martabat umat dan bangsa dan negara kita, tak boleh (guna) kaedah lama.

“Saya tahu orang lain marah saya bercakap pasal tatakelola dan rasuah (tapi) saya tak peduli.

“Tapi percayalah tak boleh dimungkiri kenyataan kalau kita tak latih pasukan kita, tak angkat semangat anak-anak muda kita untuk yakin bahawa untuk angkat martabat negara kita mesti ada perubahan jiwa,” katanya lagi.

BACA JUGA Selepas kemenangan Triathlon Desaru dicemuh, Syed Saddiq akui wujud ‘kesilapan yang jujur’