Gerakan tak perlu jadi ‘juara’, bukan bertambah undi pun, kata Pas
Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mengingatkan rakan sekapalnya dari Gerakan supaya tidak menjadi “juara” mempertahankan judi di Kedah.
Amaran keras itu turut disusuli dengan sindiran bahawa Gerakan “tidak akan dapat tambahan undi” walau cuba mempertahan kelompok penggemad loteri.
“Parti Gerakan tak perlu jadi juara pertahankan kelompok penggemar loteri.
“Anda tidak akan mendapat tambahan undi pun dengan bersikap seperti ini.
“Bahkan sebenarnya bukanlah semua kawan-kawan bukan Islam sukakan aktiviti ini.,” katanya di Facebook.
Mengiringi kenyataan tersebut ialah imej salah seorang pemimpin kanan Gerakan yang memberikan pandangan mengenai isu pengharaman judi di Kedah.
Menurut Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong, Gerakan memang tidak menggalakkan orang ramai berjudi namum membantah langkah mana-mana pihak “merampas” hak rakyat untuk terlibat dalam kegiatan tersebut.
Premis perjudian menghentikan operasi sepenuhnya di Kedah pada 2023 selepas kerajaan negeri mengumumkan pengharaman dan mengarahkan pihak berkuasa tempatan tidak memperbaharui lesen perniagaan itu pada 2021.
BACA JUGA Heboh Kedah ‘bercawat’, ramai menanti dalil