Reaksi tenang Alif Teega di mahkamah jadi bualan
Pempengaruh media sosial Alif Teega kelihatan tenang ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini sehingga menjadi bualan warganet.
Alif atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, dan isterinya Aisyah Hijanah Azhari, 26, kelihatan di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 9.20 pagi tadi bersama pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pasangan suami isteri itu menjalani proses mendapatkan permohonan reman bagi membolehkan pihak SPRM menjalankan siasatan terhadap mereka.
Ketika disapa petugas media sewaktu keluar sebentar dari dewan mahkamah untuk ke tandas diiringi pihak penguatkuasa SPRM, Alif sempat memberitahu dia dalam keadaan sihat.
Dia dan isterinya terpalit dengan dakwaan menyeleweng kutipan derma melebihi jutaan ringgit tetapi dilapor wang itu tidak disalurkan secara betul.
Sebelum ini, Aisyah menerusi hantaran di Instagram menegaskan dia dan suaminya tidak pernah menggunakan wang tersebut untuk tujuan peribadi mahupun menerima komisyen sebanyak 20 peratus seperti didakwa.
BACA JUGA Integriti Syed Saddiq terus dipertikai, ‘honest mistake’ atau kesilapan sengaja?
Â