Isu jual air 3 sen kepada Singapura: ‘Tun M mana pernah jadi PM’

Sindiran Tun Dr Mahathir Mohamad supaya air mentah Johor terus dijual 3 sen kepada Singapura hingga kiamat dilihat hanya mengundang cemuhan orang ramai.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia memberikan ‘subsidi’ kepada Singapura dengan menjual air mentah sebanyak 250 juta gelen sehari dengan kadar hanya 3 sen (SG$ 1 sen) sahaja bagi setiap 1,000 gelen sejak tahun 1962.

Menurutnya, sejak 61 tahun lalu iaitu dari tahun 1962 hingga 2023, kerajaan Malaysia memberi ‘subsidi’ kepada negara seberang tambak itu berjumlah 2.379 bilion.

Sehubungan itu, Mahathir secara sinis menasihatkan agar kerajaan terus membantu Singapura dengan menjual air berharga 3 sen sehingga kiamat.

“Malaysia adalah negara subsidi. Kita bukan sahaja beri subsidi kepada rakyat sendiri tetapi juga kepada negara asing. Sehingga kini kita masih jual air mentah dengan harga 3 sen (bagi) 1,000 gelen.

“Perkiraan menunjukkan yang Singapura dapat subsidi sebanyak RM39 juta setahun dari Malaysia (Johor) berbanding jika (jualan air) berharga 45 sen untuk 1,000 gelen sehari sejak dari permulaan penjualan 250 juta gelen sehari.

“Yang rugi ialah negeri Johor kerana air disedut dari sungai Johor. Nasihat saya jual air mentah Johor pada harga 3 sen 1,000 gelen sehingga kiamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rata-rata pengguna media sosial turut menyindir Mahathir yang telah dua kali menjadi Perdana Menteri.

“Ye lah. Tun mana pernah jadi PM nak buat benda ni. Gagal betul semua PM sebelum ni,” peril @hariridin

“2 kali jadi PM tak terfikir ke? Kenapa sekarang baru dapat ilham ke?,” tempelak pengguna X, @Iskanda28144900.

“Tun M, bukan ke masa anda PM tahun 2018 sambung perjanjian 3 sen ni dengan Singapura ke?” soal @Iskandr_Zulqar9 pula.

BACA JUGA Media asing puji langkah kerajaan tarik pelabur