Ringgit terbaik di rantau ini, boleh cecah RM4.00 berbanding USD
Ringgit meningkat ke paras tertinggi berbanding dolar sejak enam bulan lalu dan ia merupakan mata wang utama di rantau Asia yang meraih prestasi terbaik hari ini.
Dorongan bagi ringgit itu berikutan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang berkurangan.
Ringgit mencecah paras tertinggi 4.6630 dalam dagangan awal pagi ini, tertinggi sejak awal tahun dan mengatasi Yuan China dan Rupiah Indonesia.
Menurut Edge Markets, Kumpulan Perbankan Australia dan New Zealand (ANZ) berkata perkembangan itu memberi petanda baik untuk imbangan perdagangan Malaysia.
“Pertama, kami menjangkakan lebihan dagangan barangan meningkat dengan cara yang mampan.
“Kedua, kami menjangkakan pengurangan defisit pada akaun kewangan, berikutan aliran pelaburan langsung asing bersih yang lebih tinggi,” kata kumpulan itu, dipetik Malay Mail.
Mengulas prestasi mata wang negara, Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia,Dr Afzanizam berkata, inflasi utama AS dan teras menurun lebih daripada jangkaan pada 3.0 peratus dan 3.3 peratus pada Jun berbanding ramalan iaitu 3.1 peratus dan 3.4 peratus.
Menurutnya, keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3 peritus memberi sokongan pada ringgit kerana mengurangkan perbezaan kadar faedah dengan Kadar Dana Persekutuan AS.
BACA JUGA Media asing puji langkah kerajaan tarik pelabur
Â