Ini penegasan PM Anwar buat guru bermasalah, cuai dalam tugas
Guru yang mempunyai masalah disiplin dan cuai dalam tugas perlu dikecualikan daripada menerima kenaikan gred secara automatik atau ‘time-based’.
Itu penegasan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Sambutan Jubli Emas Penubuhan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di Bangi, hari ini.
Perdana Menteri berkata, guru terbabit tidak wajar menerima manfaat itu walaupun sistem kenaikan time-based sudah diberi kepada warga Kementerian Pendidikan (KPM) sejak beberapa tahun lalu.
“Kalau disiplin lemah, kerap tak pergi sekolah. Kenaikan pangkat automatik daripada prinsipnya (dibenarkan), tetapi dikecualikan bagi yang cuai,” katanya.
Kerajaan pada 1 Julai 2009 memutuskan pelaksanaan kenaikan pangkat secara ‘time-based’ bagi pegawai kumpulan pelaksana yang sudah berkhidmat 15 tahun dan lebih dalam skim perkhidmatan semasa secara Khas Untuk Penyandang (KUP).
BACA JUGA Euro 2024 lambak hadiah keseluruhan cecah RM1.68 bilion