Isu penjualan rokok elektronik: Peraturan bakal dilaksana tidak lama lagi

Peraturan dan perintah larangan berkaitan penjualan produk rokok elektronik atau vape termasuk melalui mesin layan diri dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihak Jabatan Peguam Negara kini sedang di peringkat akhir penelitian berhubung perkara berkenaan.

“Insya-Allah, sejurus Jabatan Peguam Negara mengesahkan, kita akan terus laksanakan dari segi peraturan dan perintah ini,” ujanya.

Dr Dzulkefly berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan Karnival Perlis Hebat: Sihat Milik Semua di Kangar hari iniu.

Majlis perasmian itu disempurnakan Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan memandang serius aduan berkaitan penjualan rokok elektronik atau vape menerusi mesin layan diri yang tular di platform X pada 10 Julai lalu.

BACA JUGA Pasal Bersatu, undang-undang anti lompat parti lompang