PM bincang usaha Malaysia sampaikan mesej Islam dengan pendakwah terkenal Amerika

Perdana Menteri berkesempatan menyantuni pendakwah tersohor Amerika Syarikat, Dr Omar Suleiman di kediamannya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mereka bertukar pandangan mengenai perkembangan Islam di Amerika Syarikat dan dunia barat.

“Kami turut berbincang mengenai ikhtiar merekayasa peranan strategik Malaysia dalam menyampaikan mesej Islam yang syumul dan wasatiy,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.

Dr Omar Suleiman kini berada di Malaysia dalam rangka lawatan singkat bagi menyampaikan syarahan di Shah Alam, Selangor.

Dr. Omar Suleiman lantang memperjuangkan kebebasan Palestin daripada penindasan zionis Israel.

Turut serta dalam pertemuan itu adalah isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta anggota keluarga.

Untuk rekod, Dr Omar Suleiman juga dikenali sebagai Sheikh Omar, merupakan seorang pendakwah dan aktivis bebas dari AS yang lantang memperjuangkan kebebasan Palestin daripada penindasan zionis, Israel.

Sheikh Omar, 38, yang merupakan bapa kepada tiga cahaya mata ini dilahirkan di New Orleans dalam keluarga Muslim Palestin.

Beliau berkelulusan Sarjana Muda Perakaunan dan Undang-Undang Islam serta memiliki Ijazah Sarjana Kewangan Islam dan Sejarah Politik.

Pengasas Muslims Understanding and Helping Special Education Needs (MUHSEN) ini menamatkan pengajian kedoktoran dalam pemikiran dan tamadun Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

BACA JUGA Euro 2024 lambak hadiah keseluruhan cecah RM1.68 bilion

Â