Harapnya Muhyiddin, Bersatu dah faham kenapa Akta Lompat Parti diperlukan
AHMAD MURSI
Selepas insiden 6 Ahli Parlimen ini, Muhyiddin dan Bersatu harapnya dah faham kenapa Akta Lompat Parti diperlukan.
Baguslah Ahli-ahli Parlimen PN dan Bersatu dah mula berhujah di Parlimen bencana akibat budaya ini.
Kelompangan yang wujud dalam akta itu hasil dari cadangan Muhyiddin dulu, eloklah ditutup semula, dipinda dan diperkemas. Kerajaan Madani bersetuju untuk lakukannya.
Tak perlu lagi diungkit apa yang berlaku sebelum akta ini digubal. Lupakan sejarah silam yang semua parti ada kisahnya.
Akta Lompat Parti 2022 sebenarnya telah memulakan lembaran baru kestabilan politik Malaysia yang kita perlukan untuk tingkatkan daya saing negara.
Berpolitik menukar kerajaan buat 5 tahun sekali sudahlah.
Cukuplah insiden seperti Langkah Sheraton dan tebuk atap yang dah menjahanamkan ekonomi negara dan sebabkan kebencian mendalam rakyat terhadap ahli politik.
Berpuluh-puluh juta ringgit wang negara yang nak dibelanjakan untuk 6 PRK ini boleh dialihkan untuk bantu rakyat.
6 PRK yang nak dicetuskan ini hanya nak memenuhi ego pemimpin politik dan bukan isi kekosongan akibat kematian wakil rakyat.
Ini lebih kepada sabotaj ekonomi dengan mengganggu kestabilan politik negara pada waktu pelabur mencurah-curah masuk ketika ini apatah lagi rating kita dah semakin baik.
BACA JUGA Usaha kerajaan berhasil tambah baik prestasi ringgit – Menteri Kewangan II
Â