Kes ugut Esha: Pemandu lori, pembantu rumah orang tua didakwa pagi ini
Kes ugut yang kemudiannya membawa kepada kematian pempengaruh media sosial, A Rajeswary atau lebih dikenali sebagai Esha menyaksikan seorang pemandu lori dan seorang pembantu rumah orang tua didakwa hari ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari, pembantu rumah jagaan orang tua berusia 35 tahun dan pemandu lori berumur 44 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta, di ibu negara.
“Kita telah merujuk kertas siasatan kedua-dua suspek dalam kes ini kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pagi tadi dan telahpun menerima arahan untuk tuduh mereka di mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur pagi esok (hari ini),” katanya.
Pada 5 Julai lalu, Esha, 30, ditemui mati di sebuah kondominium di Setapak, Kuala Lumpur sehari selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi berhubung ugutan jenayah dan fitnah terhadap dirinya.
Laporan polis itu dipindahkan ke Polis Daerah Sentul untuk siasatan.
Pihak polis kemudian meminta mendiang menghadirkan diri ke balai polis untuk dirakam keterangan, namun dia ditemukan meninggal dunia keesokannya.
Mendiang maut dipercayai ada kaitan dengan tekanan dhadapinya kerana menjadi mangsa buli siber.
Susulan itu, seramai 11 saksi termasuk ahli keluarga Esha selesai dirakam percakapan bagi melengkapkan kertas siasatan polis dalam kes yang menggemparkan itu.
BACA JUGA Nenggiri ujian pertama buat Ketua Pemuda Umno