‘Meletup’ kempen tiada pingat Olimpik untuk genosid
Kempen tiada pingat Olimpik untuk Israel yang kejam melakukan genosid di Palestin ‘meletup’ di media sosial apabila muncul trending di platform X.
Gerakan masyarakat sivil dengan tanda pagar Ban Israel From Olympics itu meraih lebih 12,000 hantaran di X setakat pagi ini.
Genosid diterajui Netanyahu itu menyaksikan Gaza terus dibedil sama ada serangan udara dan tembakan artileri pengganas Israel.
Malah, atlet Palestin turut terkorban. Antaranya, pelari Wasem Ayman Abu Deeb, ahli pasukan Olahraga Kebangsaan Palestin.
Anak muda Palestin itu syahid dalam serangan udara yang mengebom rumah keluarganya di Khan Younis pada 10 Julai lalu.
Sementara itu, kenyataan perenang Palestin, Valerie Tarazi (gambar atas) meraih perhatian warganet sedunia sekaligus menguatkan sokongan kepada gerakan #BanIsraelFromOlympics
“Saya menonton berita dan saya melihat orang berenang untuk menerima bungkusan bantuan dari laut. Saya berenang untuk bersaing, mereka berenang untuk bertahan hidup,” katanya.
Sebelum ini, aktivis Palestin dan ahli-ahli Parlimen berhaluan kiri Perancis, menuntut Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menggantung Israel ekoran pembunuhan beramai-ramai di Gaza yang sudah banyak puluhan ribu nyawa wanita dan kanak-kanak.
Walau bagaimanapun, IOC enggan berbuat demikian, bahkan atlet-atlet Israel diapor akan mendapat perlindungan istimewa sepanjang Olimpik di Paris.
BACA JUGA Kes ugut Esha: Pemandu lori, pembantu rumah orang tua didakwa pagi ini