Drama ‘katak’ dan ‘kerengga’ PN-Pas sabotaj pemulihan ekonomi Madani
Oleh AHMAD MURSI
Mengapa waktu ini dipilih untuk Pas mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis melompat setahun lalu, walhal tak akan mengubah apa-apa pun?
Sebabnya, PN-Pas cuba menutup kejayaan kecil ‘formula’ Ekonomi Madani yang sudah menunjukkan momentum yang baik. Berita katak lebih menarik perhatian rakyat.
Kalau momentum ini terus kekal, InsyaAllah ekonomi kita akan makmur, walaun akan gigit jari dan ekonomi Malaysia dapat diselamatkan.
Ekonomi berkembang 4.2% suku pertama 2024 melebihi jangkaan ahli ekonomi 3.9%. Pelaburan diluluskan tahun 2023 terbesar dalam sejarah.
Prestasi Ringgit kedua terbaik di Asia selepas India kini. Kadar pengangguran rendah. Inflasi berjaya turun dari 4% ke 1.5% dan kini 2%. OPR kekal 3% kali ketujuh.
JPMorgan naiktaraf rating Malaysia setelah enam tahun kerana perkembangan ekonomi ‘yang sangat memeranjatkan’.
Bursa memecahkan paras psikologi FBMKLCI 1,600 dan kini bullish serta disasarkan mencapai 1,700.
Malaysia jadi hub penting semikonduktor dengan pelaburan masuk puluhan bilion dan Malaysia dianggap pemenang dalam suasana ketegangan China dan Amerika Syarikat (AS).
Apa rakyat dapat? Anak-anak dapat kerja, gaji lebih baik di sektor tertentu, taraf hidup dapat ditingkatkan.
Apabila hasil cukai kerajaan bertambah, maka lebih banyak dapat dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk pendidikan, bantuan sosial, kesihatan, lebih banyak infra dan lain-lain.
Dulu Presiden Pas, Hadi Awang dan Kerajaan Tebok Atap jadikan ‘Kerengga’ sebagai alasan untuk makan gaji buta dan gagal selesaikan isu rakyat dan ekonomi negara.
Kini, saya yakin PMX dan Kerajaan Madani PH-BN-GRS-GPS terus kuat bekerja tidak kira berapa banyak ‘kerengga’ menggigit kerana kestabilan kerajaan.
Kita patut bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan walaupun ada jenis manusia yang susah hati melihatkan segala kebaikan yang kita alami sekarang.
Apabila ringgit jatuh, mereka bersorak riang. Apabila mengukuh, mereka alihkan perhatian rakyat kepada hal ehwal katak politik. Rakyat dihasut hanya dengan persepsi walaupun data dan angka menunjukkan sebaliknya.
Jika tidak dirujuk pakar-pakar yang mengukur perkembangan ekonomi dengan standard antarabangsa, tidak munasabah kerajaan nak ukur hanya berdasarkan komen di media sosial seperti yang diuar-uarkan PN-Pas.
BACA JUGA Nak tunjuk pertumbuhan ekonomi zaman dia bagus, Najib ‘kantoi’ tipu data
Â