Kes bunuh Nur Farah: Polis beri amaran jangan buat spekulasi

Semua pihak diingatkan agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan melangkaui pihak polis berkait kes pembunuhan Nur Farah Kartini, 25.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai serta pengamal media untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes tersebut yang masih dalam siasatan.

“Polis nasihatkan semua pengamal media dan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan mana-mana kes yang masih lagi dalam siasatan, tidak menyebarkan sebarang gambar atau perkara yang boleh mengganggu siasatan.

“Boleh disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana perkongsian atau penyebaran maklumat palsu, jelik dan mengancam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara selama satu tahun atau kedua-duanya.

BACA JUGA Terkini: Polis temui bukti baru milik Nur Farah lepas sejam menyelam dalam parit

Â