Terkini: Polis temui bukti baru milik Nur Farah lepas sejam menyelam dalam parit
Pihak polis hari ini menemui bahan bukti terbaru di dalam parit di ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, iaitu tempat mayat Nur Farah Kartini ditemui.
Menurut laporan, telefon pintar dipercayai milik bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu ditemui sebentar tadi selepas satu jam anggota Unit Sub Akuatik Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menyelam.
Pada masa sama, polis turut membawa suspek berusia 26 tahun ke lokasi kejadian untuk proses pengecaman telefon pintar milik Nur Farah.
Ketika ini, proses mencari bahan bukti lain masih dijalankan.
Mayat Nur Farah, 25, dijumpai kira-kira 6 petang, pada Isnin lalu.
Nur Farah Kartini dilaporkan hilang sejak 10 Julai lepas selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.
BACA JUGA ‘Plot twist’, lelaki India mogok lapar rupanya ada muslihat lain?
Â