Selepas jumpa telefon Nur Farah, polis cari bahan bukti di lokasi kedua
Tanda tanya pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah semakin menuju kepada jawapan apabila polis meneruskan operasi pencarian saki baki bahan bukti.
Lokasi kedua ini terletak kira-kira 20 minit perjalanan dari Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam di Hulu Selangor.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan operasi di kawasan tersebut bagi mencari bahan bukti dipercayai barang peribadi milik mangsa.
“Proses pencarian akan diteruskan sehingga pasukan penyiasat berpuas hati dengan bahan bukti yang ditemukan,” katanya, dipetik BH.
Terdahulu, telefon pintar dijumpai anggota Unit Sub Akuatik Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, pada 12.21 tengah hari.
Suspek berusia 26 tahun turut dibawa ke lokasi kejadian untuk proses pengecaman telefon pintar milik Nur Farah, 25.
Allahyarham dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan pada 10 Julai.
Mayat graduan cemerlang Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0 itu ditemukan di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang dekat Felda Gedangsa, Hulu Selangor kelmarin, dipercayai akibat dibunuh individu dikenali.
Susulan itu, polis menahan seorang anggotanya berpangkat lans koperal yang bertugas di Balai Polis Slim River dan sudah lima tahun berkhidmat.
Suspek berusia 26 tahun kemudian direman selama tujuh hari hingga 22 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
BACA JUGA Nak tunjuk pertumbuhan ekonomi zaman dia bagus, Najib ‘kantoi’ tipu data
Â