Siapa sebenar pengkhianat Najib, “untold story” tentang Noh Omar akan didedah

Satu kisah “untold story” tentang pengkhianat Datuk Seri Najib Razak akan didedahkan dalam masa terdekat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin dalam satu ceramahnya pada 13 Julai lalu, menyebut beberapa nama pemimpin tertinggi parti itu yang menyebabkan Najib dipenjara.

Beliau menyebut watak terlibat antaranya Tan Sri Noh Omar, Tan Sri Anuar Musa, Datuk Seri Ismail Sabri dan Khairy Jamaluddin.

Beliau mendakwa mempunyai bukti bergambar, pertemuan antara beliau bersama Ismail Sabri dan Noh Omar.

Ketika itu katanya, beliau merayu agar Najib dibenarkan untuk menukar peguam, tetapi tidak dilayan.

“Tunggu satu video the untold story akan keluar dalam masa terdekat ini. Tuan tuan tunggu. Ini betul-betul punya the untold story.

“Bagaimana 26 ketua bahagian pergi menyembah, merayu minta tolong (kepada Ismail Sabri sewaktu itu jadi PM). Tarikhnya bila? 19 Ogos di Stadium Shah Alam ketika pelancaran Hari Keluarga Malaysia.

“Saya (dan beberapa individu), tarik Ismail Sabri masuk dalam kabin. (Kami merayu) tolonglah bang, tolong. Siapa sebelah (Ismail)? Noh Omar. Gambar gambar tu semua ada dalam untold story.

“(Kami) merayu, tolong bang. Datuk Najib tengah kena teruk dekat mahkamah ni. Kita bukan minta you lepaskan, dia nak keadilan je.

“Nak minta peguam dia ditukar. Bukan minta bebas. Nak minta peguam ditukar, tolonglah engkau perdana menteri,” katanya.

Beliau juga mengimbas momen bertemu dengan setiap menteri UMNO berhubung kes Najib, namun jawapan diterimanya mengecewakan.

Kata beliau, semua individu itu pada hari ini berpura-pura berjuang atas nama Najib.

“Saya pergi jumpa setiap menteri UMNO. I went personally. (Semua cakap) his (Najib) finished Megat. Najib guilty. His gone. KJ pula cakap his time over. 

“Hari ini kononnya semua berjuang atas nama Najib. Pergi Sungai Bakap, wahai orang UMNO, pengundi UMNO yang bersimpati pada Datuk Najib sokonglah Perikatan Nasional.

“(Padahal) PN lah yang nak haramkan UMNO. PN lah yang nak bunuh UMNO. Saya merayu kepada tuan-tuan, keluarga besar saya di Shah Alam, janganlah termakan dengan permainan kotor ini,” ucapnya lagi.

BACA JUGA ‘Plot twist’, lelaki India mogok lapar rupanya ada muslihat lain?

Â