Polis akhirnya jumpa beg tangan dipercayai milik Nur Farah

Selepas telefon bimbit berjaya ditemui, terkini dilaporkan polis telah menjumpai bukti kedua iaitu beg tangan wanita dipercayai milik Nur Farah Kartini Abdullah, 25, sewaktu operasi pencarian dilakukan di Sungai Trolak, Kampung Batu, Perak.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan berhubung penemuan bahan bukti terbaharu itu.

“Ya. Beg tangan wanita itu dipercayai kepunyaan mangsa,” katanya memetik Kosmo!

Terdahulu, polis menemui telefon pintar dipercayai milik mangsa yang dibuang di lokasi penemuan mayat di dalam parit Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor.

Suspek lelaki berusia 26 tahun dibawa ke lokasi kejadian dipercayai bagi membantu pihak berkuasa mengesan barang bukti di lokasi tersebut.

Suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 22 Julai ini untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

BACA JUGA Sah! Ketua Pemuda UMNO Kelantan calon BN PRK Nenggiri