Rafizi tolong Harakah faham tentang ringgit dan dakwaan pelabur lari

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan fakta dibuat media rasmi Pas, Harakah bahawa “ringgit turun, saham turun, maka pelabur lari” adalah tidak tepat.

Rafizi berkata, faktanya tidak begitu kerana prestasi ringgit ketika ini adalah kedua terbaik di Asia dan dijangka akan terus mengukuh menjelang akhir tahun ini.

Pada hari ini sahaja kata Rafizi, ringgit mengukuh kepada 4.6652 berbanding 4.7931 pada 18 April.

Beliau turut menyebut tentang indeks komposit dan indeks emas yang terus meningkat.

“Kita tidak boleh meyakinkan walaun dengan data dan fakta, tetapi kita boleh sebarkan fakta ini untuk menyelamatkan rakyat dari pembodohan,”, katanya di platform X.

Menurut Rafizi, Indeks Komposit iaitu indeks saham syarikat terbesar terus naik sejak setahun lalu kepada 1,633 mata, iaitu peningkatan 21.09% dalam setahun.

Indeks Emas pulaa iaitu indeks saham syarikat modal pertengahan terus naik dan kini mencapai paras tertinggi dalam tempoh 5 tahun. 

“Indeks Emas mencecah 12,678 mata iaitu peningkatan 26.32% dalam setahun,”, jelasnya panjang.

BACA JUGA Akhirnya sah Ahli Parlimen Machang digantung enam bulan

Â