Rosak pendengaran bayi tu, tindakan Rafidah memekik sambil usung anak dikecam
Tindakan pelakon Rafidah Ibrahim mengusung anak lelakinya yang baru berusia empat bulan semasa ‘memekik’ di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur mengundang kecaman warganet.
Menerusi rakaman video yang dikongsi Rafidah di akaun TikTok miliknya, penyokong parti pembangkang itu menggunakan pembesar suara sambil membawa anaknya.
Rata-rata berpendapat adalah lebih elok Rafidah tidak membawa anaknya itu jika mahu melalak.
Ibu berusia 38 tahun itu dicemuh netizen lantaran dianggap tiada common sense sehingga berisiko boleh mengakibatkan anaknya hilang pendengaran.
“Tak terjamin keselamatan anak u. ‘Sakit’ telinga dia.
“Semak akaun dia, ada dapat dana dari mana mana tak? Mana tau, dia ‘kan sendu sekarang
“Kesian anak dia… pekak badak nanti,” demikian antara komentar netizen.
Dalam masa sama, ada yang menyarankan supaya laporan penderaan kanak-kanak dibuat.
“Mendedahkan anak kecil kepada bunyi bising yang kuat kira penderaan tu. Kalau gegendang telinga anak rosak nanti siapa yang akan bertanggungjawab?,” tulis pengguna X, @CJamesdr.
Untuk rekod, lebih 100 pemilik kediaman flat dan teres di Kampung Sungai Baru, Kampung Baru terlibat dalam pengambilan tanah.
Penduduk terbabit ditawarkan hanya RM450 hingga RM500 bagi setiap kaki persegi dan disifatkan sangat rendah meskipun kawasan itu terletak di lokasi paling strategik.
Setakat Jun lalu, terdapat lima peratus pemilik pangsapuri belum berpindah, manakala 95 peratus sudah berbuat demikian dan menunggu rumah baharu daripada pemaju.
BACA JUGA Mogok lapar bukan caranya