Strategi Malakat Mall guna kempen BMF punca tiada sambutan 

OLEH NORMAN RADZUAN

2 tahun dulu saya ada menulis mengenai Malakat Mall. Saya beritahu strategi BMF (Buy Muslim First) akan makan diri.

Jangan sesekali memainkan sentimen kaum dalam perniagaan. Tapi teguran saya dianggap sepi dan mereka pertahankan. 

Bab pemasaran atau strategi pemasaran kena belajar dengan bangsa Cina. 

Akhirnya bila perniagaan tutup, orang Melayu mula lah meletakkan kesalahan kepada orang bukan Melayu.

Bagi saya berita penutupan Malakat Mall bukan untuk kita bertepuk tangan tapi suatu yang perlu dipelajari.

Antara kesilapan Malakat Mall 

1 Kempen BMF (Buy Muslim First)

2. Peniaga Cina tidak mahu masuk berniaga sebab BMF.

3. Pelanggan Melayu yang anti rasis tidak mahu hadir.

4. Pelanggan bangsa lain merasakan Mall ini untuk bangsa Melayu

5. Ruang solat di lobi pusat beli belah secara terbuka tidak sesuai. Sedangkan negara-negara Arab pun ada disediakan bilik solat/surau. 

Tak salah untuk solat di surau pusat beli belah, lebih afdal tidak mengganggu urusan orang lain yang mungkin sudah jamal.

6. Lokasi tidak sesuai kerana penduduk Cyberjaya berbilang bangsa. Sepatutnya dibuka di Shah Alam.

7. Pengurusan lemah kerana gagal menarik peniaga-peniaga Melayu masuk ke sana.

8. Dikhabarkan harga barang dapur di Malakat Mall agak mahal berbanding pasar raya lain.

Lihat jenama-jenama besar. KFC, Speedmart, Mydin dan lain-lain tidak berkempen atas nama kaum. 

Mereka jual untuk semua kaum sebah zaman Nabi dulu pun tak pernah dianjurkan BMF.

BACA JUGA Istiadat Pertabatalan Agong pagi ini, cuaca diramal baik sepanjang hari