Logo Pas di Nenggiri, ini kata Radzi

Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, partinya menggunakan logo Pas di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri nanti.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat dengan mengekalkan kaedah sebagaimana yang dibuat pada pilihan raya lalu.

Radzi memaklumkan pihaknya akan memastikan pisang tidak berbuah dua kali di DUN Nenggiri selepas apa yang berlaku sebelum ini.

“Soal Bersatu akan berdepan berapa penjuru, kita akan lihat nanti pada hari penamaan,” katanya pada sidang media selepas Ceramah Isu Semasa Pertahan Nenggiri, malam tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos depan.

Tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 3 dan 13 Ogos.

BACA JUGA Jemaah haji Malaysia dipuji berdisiplin, Arab Saudi anggap pengurusan TH terbaik

Â