PN-Pas doakan kehancuran, apa yang dibimbangi berlaku nanti?
Oleh AHMAD MURSI
Pas dakwa kerajaan ‘takut’ bila dibacakan Qunut Nazilah kononnya kerana ‘zalim’.
Parti itu baca doa kehancuran itu untuk pertahankan kezaliman yang mereka lakukan.
PN-Pas zalim apabila fitnah pegawai kerajaan, bersandarkan surat layang, berselindung di sebalik imuniti, tanpa pegawai itu boleh mempertahankan diri di mahkamah.
Ikut logik Pas, pegawai itulah sepatutnya lebih layak doakan kehancuran PN-Pas yang menzaliminya.
MP kerajaan yang banteras kezaliman berlaku di Dewan Rakyat pula didoakan kehancuran. Dah terbalik.
Jika Pas rasa wajar Qunut Nazilah kerana alasan zalim, percayalah, Khawarij boleh jadi ganas lebih dari doa kerana tuduhan ‘Zalim’ itu.
Pengikut Pas dihasut menjadi Ghuluw yang berbahaya kepada negara dan mereka percaya itulah ‘perjuangan agama’.
Sebab itu, Saidina Ali dikafirkan dan syahid dibunuh kerana Khawarij anggap khalifah tidak laksanakan ajaran Islam mengikut versi yang difahami Khawarij.
Gejala Khawarij akan terus berlaku zaman berganti zaman sehinggalah keluarnya Dajjal dari barisan ini sebagaimana diberi amaran oleh Rasulullah saw.
Seingat saya, sejak dulu lagi, tiada kerajaan dianggap adil apabila Pas jadi pembangkang. Semuanya zalim. Bagi Pas, keadilan dicapai hanya bila mereka menjadi kerajaan.
Zalim ini bukan ketuk kepala orang sahaja. Makan gaji buta itu zalim. Jadi Menteri dalam keadaan jahil hal ehwal kerajaan adalah zalim (ISO dan inflasi pun tak faham). Sakau Jana Wibawa pun Zalim.
Kini, rakyat dihasut untuk sama-sama bersikap seperti Khawarij.
Saya percaya, kerajaan tidak boleh lagi biarkan perkara ini berterusan tanpa tindakan tegas kerana membanterasnya adalah tanggungjawab yang diperintahkan oleh agama.
BACA JUGA Heboh RTM ‘ucap takziah’ sempena Istiadat Pertabalan Agong, rupanya Facebook salah terjemah
Â