‘Ramailah jadi jutawan durian’, menteri komited bantu ekonomi petani

Usaha kerajaan mengeksport raja buah atau durian segar ke China menerima pelbagai reaksi positif termasuk pengguna laman maya TikTok.

Taufik Iskandar seorang TikTokers dalam satu videonya menzahirkan rasa kagum dengan gerak kerja daripada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau menyifatkan cara kerja Mohamad Sabu yang juga Ahli Parlimen Kota Raja sebagai sesuatu yang ‘lain macam’.

”Lain macamlah menteri ni buat kerja.. Hangpa tahu menteri apa? Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

”Beliau memang sentiasa berusaha keras untuk meningkatkan ekonomi petani dan peladang. Lepas ini ramailah yang jadi jutawan durian,” katanya.

Menurut pemuda itu lagi, The New York Times pernah membuat ramalan mengenai buah durian.

”Kalau hangpa nak tahu, yang paling membanggakan seluruh rakyat Malaysia adalah New York Times buat ramalan durian ini sumber kekayaan ekonomi baharu Malaysia.

”Bukan apa dengan tindakan proaktif seorang menteri ini, Malaysia berjaya hantar durian segar ke negara China.

Fuh! lain macam.. menteri dulu tak pernah buat untuk negara, tapi menteri dalam kerajaan perpaduan boleh buat benda ini,” ujarnya lagi.

Pada 1 Julai lalu ketika persidangan Dewan Rakyat berlangsung, KPKM menjangkakan eksport durian segar ke China dapat dilaksanakan pada suku ketiga tahun ini.

Mohamad berkata ia susulan pemeteraian Protokol Keperluan Fitosanitari Pengeksportan Buah Durian Segar dari Malaysia ke China, 19 Jun lalu.

Beliau berkata, pada ketika ini, proses untuk mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GACC) mengambil masa dua hingga tiga bulan dan KPKM melalui Jabatan Pertanian sedang memuktamadkan Sijil Fitosanitasi bersama GACC.

BACA JUGA Menjelang PRK Nenggiri: Siapa Sheikh Razali?

Â