AMANAH yakin kerusi DUN Nenggiri milik Perpaduan

Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu optimis kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri mampu ditawan oleh Kerajaan Perpaduan.

Katanya, Pakatan Harapan (PH) melancarkan jentera seawal mungkin bertujuan membolehkan gerak kerja disusun dengan kemas dan mantap.


“Ia supaya apabila masuk tempoh berkempen nanti kita dapat bergerak seiring dengan parti-parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan bagi memastikan kemenangan.


“Jentera pilihan raya PH Kelantan telah dilancarkan dan saya yakin dengan gerak kerja bersama Barisan Nasional (BN), kerusi Nenggiri ini mampu dimenangi semula.


“Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh jentera pilihan raya PH Kelantan atas kesiapsiagaan ini,” katanya di Facebook.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK Nenggiri masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos, manakala 17 Ogos sebagai hari mengundi.


Kerusi DUN Nenggiri kosong selepas Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kekosongan selepas ADUN, Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Pada 18 Julai lalu, BN Kelantan mengumumkan Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sebagai calon PRK DUN Nenggiri.

BACA JUGA http://PRK Nenggiri: Jentera pilihan raya tidak mahu fokus ceramah mega – Asyraf Wajdi

Â