‘Tiada pula PasDAP tapi UMDAP semua bising’, tempelak Ketua UMNO Labuan

Ketua UMNO Labuan, Mohd Rafi Ali Hassan tampil menempelak golongan yang ‘bising’ dengan kerjasama UMNO-DAP (UMDAP) dalam Kerajaan Perpaduan.


Katanya, keputusan menjalinkan kerjasama itu bukan disebabkan anak murid mahu mengikut cakap guru, sebaliknya ia untuk menyelamatkan parti.


“Keputusan kita bersama Kerajaan Perpaduan bukan waktu (zaman) kami, bersetuju kerana menghormati titah Agong dan menyelamatkan negara yang tiada kerajaan.


“Kita bergabung dengan DAP ini selepas pilihan raya umum, bukan sebelum pilihan raya, betul atau tidak?


“Tapi sewaktu Pas-DAP, ada orang Melayu bising? Ada Pemuda Umno bising?” soal beliau dalam satu video di TikTok UMNO Labuan.


Mohd Rafi turut mengimbas kembali tentang Pas dan DAP yang pernah duduk ‘serumah’ satu ketika dahulu.


“Tahun 2004, 2008 Pas duduk satu rumah dengan DAP, tidur satu bantal susun strategi mahu kalahkan UMNO-Barisan Nasional (BN).


“Ada orang Melayu bising? Ada keluar perkataan PasDap… tak ada..


“2018 Bersedap… waktu Bersatu dengan Pas, ada Melayu bising? UMDAP, semua bising.


“Yang paling bising, kita pula dalam UMNO yang paling bising daripada yang di luar,” tempelak beliau lagi.

BACA JUGA http://Beli rumah pun ‘makan’ tahun baru dapat kunci, inikan projek pelaburan mega

Â