‘Zalim ke kenakan hukuman kepada Wan Ahmad Fayhsal?’

Kenyataan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari yang menganggap keputusan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal selama enam bulan sebagai zalim hanya mengundang cemuhan warganet.

Antaranya, TikTokers bernama Kelantan Today yang tampil mempersoalkan tentang ‘kezaliman’ yang dikenakan ke atas Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) itu.

“Adik kakak setuju ke dengan apa yang Ahli Parlimen Pasir Mas (Ahmad Fadhli) cakap tu?

“Yang menjadi persoalan kepado ambo (saya), zalim ko (ke) mengenakan hukuman ke atas Wan Ahmad Fayhsal?” tempelaknya.

Dalam masa sama, pemuda berkenaan turut menyoal Ahmad Fadhli berkaitan apa yang telah diperkatakan Wan Ahmad Fayhsal tentang surat layang berkenaan.

Mu (awak) ada fikir bagaimana dengan fitnah yang telah dilemparkan oleh Wan Ahmad Fayhsal kepada penjawat awam pegawai KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) tu?

“Macam mana kalau hukuman ke atas Wan Ahmad Fayhsal itu adalah balasan Allah terhadap kezalimannya kepada pegawai KWSP yang difitnah tanpa berpeluang untuk dia (pegawai KWSP) itu membela diri?” soal beliau lagi.

Minggu lalu, Ahmad Fadhli menyifatkan, tindakan menggantung Wan Fayhsal selama enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat akan dibalas.

Ahmad Fadhli turut menyifatkan hukuman tersebut sebagai zalim dan dianggap episod hitam sejarah Dewan Rakyat.

Bermula 18 Julai lalu, Wan Fayhsal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan susulan dakwaannya mengenai surat layang dikatakan mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Keputusan itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul selepas usul berkenaan mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen, dengan 110 Ahli Parlimen bersetuju dan 63 tidak bersetuju, selepas undi belah bahagi dijalankan, manakala tiga tidak mengundi dan 46 tidak hadir.

Usul berhubung penggantungan Wan Fayhsal dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

@kelantan.today

Ahli Parlimen Pasir Mas Fadhli Shaari kata kezaliman terhadap wan ahmad fayhsal akan berbalik kepada kamu #anwaribrahim #kerajaanperpaduan #kerajaanmadani #CapCut

♬ original sound – KELANTAN TODAY – KELANTAN TODAY

BACA JUGA http://Kerajaan MADANI kurangkan hutang negara secara berperingkat