Hilang di JB, ditemui di hotel murah di Batang Kali

Seorang kanak-kanak perempuan yang hilang di Eco Galleria, Iskandar Puteri, Sabtu lalu akhirnya ditemui di sebuah hotel murah di Batang Kali, Selangor.

Perkara tersebut disahkan Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar, seperti dilapor Kosmo!.

Albertine Leo Jia Hui, 6, sebelum ini dilaporkan hilang ketika bermain di pusat perniagaan Eco Galleria 3, Taman Botani, di Johor Bahru sebelum disedari hilang oleh ibu bapanya.

Semalam Polis Johor menahan tiga individu bagi membantu siasatan kes kehilangan mangsa.

Susulan tangkapan tiga suspek, kehilangan mangsa diklasifikasikan semula daripada laporan orang hilang kepada Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah.

BACA JUGA Penerbangan khas bawa pulang pelajar Malaysia dari Bangladesh pagi ini

Â