‘Fikir seperti juara dan jadi juara!’ – Ucapan khas TPM buat atlet negara
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberikan suntikan semangat kepada atlet negara yang bakal beraksi di Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024.
Menerusi satu video di Facebook, Ahmad Zahid memberikan ‘tonik’ berupa sepotong ayat yang mengandungi perkataan ‘juara’.
”Berfikir seperti juara, bertindak seperti juara dan menjadi juara!
”Barakan semangat Malaysia boleh! Selamat berjuang untuk semua atlet negara di Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024.
”Kita semua Team MAS!,” seru Ahmad Zahid di laman sosialnya itu.
Untuk rekod, Paris 2024 menyaksikan temasya Olimpik kembali ke kota itu 100 tahun selepas kali pertama menganjurkan Olimpik pada tahun 1900 dan kemudian pada tahun 1924.
Ibu kota Perancis itu akan menjadi kota kedua menganjurkan Olimpik sebanyak tiga kali, selepas London pada tahun 1908, 1948, dan 2012.
Selain itu, ia akan menjadi Sukan Olimpik pertama dalam sejarah berjaya mencapai jumlah sama antara atlet lelaki dan wanita.
Daripada keseluruhan 10,500 atlet yang bertanding, 5,250 adalah atlet lelaki dan 5,250 lagi adalah wanita.
Temasya itu akan berlangsung bermula 26 Julai sehingga 11 Ogos depan.
BACA JUGA Dari ‘Budak Suci’ ke ‘Bapa Rahmah’
Â