Harga petrol, diesel kekal hingga 31 Julai
Harga runcit bagi petrol RON97, RON95 dan diesel, kekal masing-masing pada paras RM2.05, RM3.35 dan RM3.47 seliter dari 25 hingga 31 Julai ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan juga kekal RM2.15 seliter.
“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.
Kadar berkenaan ditetapkan berdasarkan harga produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
BACA JUGA ‘Apa jadah perguna Qunut Nazilah’, mantan pemimpin Pas hentam bekas partinya
Â