‘Prof’ ditahan kantoi seleweng RM270,000 duit syarikat bayar hutang, beli kereta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan reman seorang Profesor yang juga CEO di sebuah syarikat perkhidmatan pendidikan tinggi selepas dipercayai menyeleweng duit syarikat kira-kira RM270,000 untuk kepentingan peribadi
Suspek, berusia lingkungan 60-an, ditahan pada jam 7 malam ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.
Susulan penahanan itu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi dan perintah reman selama tujuh hari sehingga 30 Julai dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.
Siasatan awal mendapati suspek menggunakan wang kira-kira RM270,000 untuk kegunaan peribadi termasuk membayar hutang dan membeli kereta serta perbelanjaan peribadi lain.
“Suspek juga disyaki mengarahkan kakitangan syarikat menyediakan surat untuk bayaran gaji berjumlah kira-kira RM12,000 sebulan sejak Mac 2023, sedangkan surat pelantikannya sebagai CEO hanya melayakkannya menerima lima peratus daripada keuntungan tahunan syarikat,” kata sumber SPRM.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009.
BACA JUGA ‘Fikir seperti juara dan jadi juara!’ – Ucapan khas TPM buat atlet negara
Â