Malaysia terus aman di bawah PMX, tersenarai 10 negara paling selamat di dunia
Malaysia terus mempamerkan rekod baik di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI apabila menduduki tangga ke-10 negara paling selamat di dunia daripada 163 negara.
Kedudukan ini menyaksikan Malaysia naik sembilan anak tangga berbanding tahun lepas, di mana kita berada di tempat ke-19.
Menurut Indeks Keamanan Global (GIP) 2024, Malaysia berada dalam carta 10 negara terselamat di dunia dan kedua di belakang Singapura mewakili benua Asia.
Malaysia sebagai negara membangun mengalahkan negara maju seperti Amerika Syarikat, Rusia, China dan Jepun yang langsung tidak tersenarai dalam 10 teratas.
Kajian dilakukan firma Institute for Economic & Peace – telah menyenaraikan Iceland berada di tangga pertama negara terselamat di dunia.
Manakala tiga lagi negara yang masing-masing berada di tangga ke-2 hingga empat adalah Ireland, Austria dan New Zealand.
Tiga aspek utama diambil dalam mengukur tahap keamanan global termasuklah keselamatan dan sekuriti, konflik yang berterusan, dan tahap militarisasi.
Dalam konteks global, Malaysia adalah contoh bagaimana sebuah negara boleh mengimbangi antara pembangunan dan keamanan dalam kepelbagaian kaum yang ditawarkan.
BACA JUGA Tular kereta parkir di laluan pejalan kaki, Hasbie mohon maaf
Â