Netizen ‘throwback’ rakaman pembunuh Zulfarhan bergelak terlepas hukuman gantung
Kes Zulfarhan Osman terus menjadi sorotan media selepas tular kembali rakaman video enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bergelak ketika terlepas hukuman gantung pada 2019.
Video itu, menunjukkan tertuduh tersenyum lega, selain ketawa riang sejurus keluar dari kamar mahkamah.
Mereka yang mengenakan seluar jeans dan kot, berjalan dengan bangga ketika dirakam.
Rakaman itu dimuat naik semula oleh pengguna media sosial selepas Mahkamah Rayuan mengenepikan hukuman penjara dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap kesemua tertuduh.
Mereka berenam – Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri, dan Abdoul Hakeem Mohd Ali – pada asalnya dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun, tetapi hukuman mereka dibatalkan.
Dalam keputusan Hakim, Mahkamah Rayuan menganggap kes itu “paling jarang ditemui” dan mengembalikan semula pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ringkasan kejadian, keenam-enam tertuduh didakwa membunuh Zulfarhan di sebuah bilik di blok penginapan Asrama Jebat, UPNM pada 22 Mei 2017.
Tragedi menyayat hati Allahyarham bermula apabila namanya antara yang disebut oleh seorang ‘bomoh’ sebagai pencuri komputer riba (laptop) milik salah seorang pelajar.
Mangsa bukan sahaja dipukul supaya mengaku mencuri komputer riba berkenaan malah Allahyarham juga ditekap menggunakan seterika wap dalam kejadian pada 21 dan 22 Mei 2017.
Penyeksaan terhadap Zulfarhan telah mengakibatkan 90 kesan lecuran meliputi 80% badannya.
BACA JUGA Penduduk 3 negeri ini jaga-jaga, MetMalaysia keluar amaran cuaca panas tiga hari
Â