Taiping, bandar paling banyak hujan, kering kontang kerana kemarau

Taiping dikenali sebagai ‘Bandar Hujan’ kerana jumlah hujan tahunannya antara yang paling tinggi di Malaysia, namun tidak terkecuali dari terkena musim kemarau.

Kerana sudah lebih sebulan Taiping tidak menerima hujan, Tasik Taiping juga kekeringan sehingga merekah dan orang boleh berjalan di atasnya, lapor Harian Metro.

Tinjauan media itu mendapati beberapa kawasan di Taman Tasik Taiping kering kontang.

Pengunjung dari Kuala Kangsar, Zakri Yusoff, 60, berkata dia amat terkejut dengan kejadian berkenaan dan seumpama itu belum pernah berlaku.

“Sejak dari saya kecil lagi disinilah tempat saya dan keluarga bersantai khusus pada waktu cuti sekolah.

“Walaupun saya bukanlah penduduk disini, namun sepanjang pengetahuan saya belum pernah lagi melihat Taman Tasik di sini kering.

“Jadi bila dah lama tak datang, hari ni saya terkejut apabila mendapati airnya sudah susut lebih dari separuh sehingga menampakkan dasarnya dan boleh dilalui,” katanya.

Menurutnya bagi memastikan keadaan tasik ini terpelihara dia mencadangkan pihak berkaitan agar mengorek dan mendalamkan lagi Taman Tasik ini bagi membolehkam pelbagai aktiviti air dapat dilakukan biarpun musim kemarau.

BACA JUGA Kerajaan berjaya kurangkan hutang negara, bukan cakap kosong, kata PM

Â