Allahyarhamah wanita hebat, kental hadapi cabaran – Ahmad Zahid

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini merakam ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman yang menghembuskan nafas terakhir malam tadi.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menzahirkan ucapan berkenaan menerusi platform Facebook rasmi beliau.

Dalam catatan di laman sosialnya itu, beliau menitipkan doa semoga keluarga Allahyarhamah diberikan kekuatan dan tabah dalam menghadapi ujian.

”Saya berasa amat sedih menerima perkhabaran duka pemergian kakanda saya Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman, mantan Ketua Wanita UMNO Malaysia dan Menteri Perpaduan dan Pembangunan Masyarakat.

”Allah sayang kau, kak. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh.

”Allahyarhamah adalah seorang wanita yang hebat, kental dalam menghadapi segala cabaran dan saya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada 1996 menyaksikan aura seorang pemimpin yang menerajui perjuangan institusi Wanita UMNO ketika itu dengan jayanya,” imbas Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Dalam karier politik semasa hayatnya, Allahyarhamah juga merupakan bekas Ahli Parlimen Paya Besar.

BACA JUGA http://Gelagat Steven Sim jadi ‘penyambut tetamu’ di kaunter KESUMA undang pujian netizen