Ini sebabnya ada media sosial akan ditutup mulai 1 Januari 2025
Susulan kerangka kawal selia baharu ke atas perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan pesanan internet yang diperkenal bermula 1 Ogos ini, ada nanti yang akan ‘ghaib’ mulai 1 Januari 2025.
Tindakan itu akan diambil kerajaan sekiranya didapati pelatform terbabit enggan patuh terhadap arahan memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata tindakan kuatkuasa itu adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
“Tutup… itu kuasa pada MCMC,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk, di Sungai Sumun, hari ini.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditanya tindakan yang akan diambil kerajaan terhadap mana-mana syarikat penyedia perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang ingkar kepada arahan baharu yang dikeluarkan MCMC.
Semalam, MCMC dilaporkan berkata, kegagalan mana-mana perkhidmatan memperoleh lesen selepas tarikh kuat kuasa adalah satu kesalahan dan tindakan perundangan sewajarnya boleh diambil mengikut Akta 588.
Jelasnya, kerangka kawal selia baru itu hanya terpakai kepada platform yang menepati syarat kelayakan pelesenan dan tidak membabitkan pengguna.
Penguatkuasaan tersebut selaras keputusan Jemaah Menteri bahawa perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan pesanan Internet di negara ini, mesti mematuhi undang-undang Malaysia.
BACA JUGA Bukan tanda isyarat sokong terima sumbangan dari syarikat arak
Â