Macam-macamlah Olimpik Paris 2024, heboh pula ancaman ‘risiko letupan’
Selepas majlis pembukaan sukan Olimpik Paris 2024 dikecam warga dunia termasuk menyentuh sensitiviti penganut Katolik, heboh pula ancaman ‘risiko letupan’.
Susulan itu, polis Perancis menutup sementara kawasan sekitar pusat media semalam manakala wartawan dan orang awam telah dipindahkan dan punca risiko tidak didedahkan.
Lapor Bernama, polis kemudiannya membuka semula kawasan itu kepada pejalan kaki dan akses ke dan dari pusat media kembali normal.
Perancis meningkatkan langkah keselamatan untuk mengelakkan sabotaj baharu pada laluan kereta api.
Menteri Pengangkutan Perancis Patrice Vergriete memberitahu saluran LCI bahawa selepas serangan khianat menggunakan api kelmarin beberapa jam sebelum upacara pembukaan Sukan Olimpik, keselamatan dan pengawasan rangkaian kereta api telah ditingkatkan.
Vergriete menyatakan bahawa lebih 1,000 pekerja dan 250 pegawai keselamatan telah dikerahkan untuk memantau rangkaian kereta api, dan helikopter gendarmerie serta 50 dron telah digerakkan.
Jelasnya, pegawai menjangkakan gangguan kepada perkhidmatan kereta api pada Ahad dan operasi dijangka kembali normal bermula Sabtu.
Beliau berkata siasatan terhadap serangan itu sedang dijalankan dan pelaku masih belum dikenal pasti.
BACA JUGA Selepas Gerakan sokong isu derma syarikat arak kepada sekolah, ini pendirian Pas
Â