Amaran hujan lebat di seluruh Melaka, Johor
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal membadai seluruh Melaka dan Johor sehingga 4 petang ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), cuaca sama juga dijangka berlaku di Langkawi, Kedah; Rompin, Pahang serta Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan.
Menerusi hantaran di Facebook METMalaysia, ribut petir dengan intensiti hujan melebihi sejam turut diramal berlaku di Sarawak meliputi kawasan Selangau, Matu, Dalat, Mukah, Tatau, Bintulu dan Miri.
Sementara itu, amaran sama dikeluarkan di Sipitang dan Tawau di Sabah.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) bagi setiap jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya menurut hantaran itu.
Orang ramai dinasihati untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
BACA JUGA Dakwaan rasuah pegawai tinggi TLDM, Chegu Bard direman dua hari
Â