Beli motor dari syarikat yang ada saham Blackrock, ikut logik Pas…

Tular di media sosial dakwaan bahawa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membeli motosikal baharu keluaran sebuah syarikat yang mempunyai saham dengan BlackRock.

Hobi gaya mewah membeli kenderaan dari pihak yang berkaitan dengan genosid kejam di Gaza, Palestin itu mengingatkan orang ramai akan logik Pas mengenai bacaan Qunut Nazilah.

“Ikut ulamak Pas, elok diQunut Nazilah kan,” kata pemerhati politik
StratCommProBono.

Menerusi gambar yang tersebar, Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas dan Perikatan Nasional (PN) dilihat berdiri disamping motor baharu itu yang masih ‘dibungkus’ kain hitam tertera jenama kenderaan tersebut.

Dalam satu ceramah di Kedah, Sanusi dalam reaksinya berkata, dia hanya membeli motor bukannya helikopter.

“Depa ingat kita tiada duit. Ada kerja, adalah gaji. Takkan tak boleh beli.

“Suruh baca Qunut Nazilah lah…,” tempelaknya diikuti ketawa sambil menyifatkan pihak yang mengkritiknya susulan pembelian motor itu sebagai merapu.

Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin, mempertahankan sikap wakil rakyat mereka bersama PN yang membaca Qunut Nazilah selepas Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal digantung enam bulan daripada menyertai sidang Dewan Rakyat.

Penggantungan itu susulan dakwaan Fayhsal mengenai surat layang yang dikatakan mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Fayhsal dalam alasanya berkata, bacaan Qunut Nazilah itu tidak ditujukan kepada Kerajaan Perpaduan sebaliknya merujuk kepada pihak yang bersubahat dalam jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Gaza seperti BlackRock yang terpalit dengan Zionis.

@lewatdatangsekola

Kalau depa takda ckp gitu saya pun tkda popular sbb depa saya popular koyak pulok walanodoh 😅😅😅

♬ original sound – LewatDatangSekolahLagi – LewatDatangSekolahLagi

BACA JUGA Masuk ‘last tang konar’, pengakuan Radzi Jidin lawan kemungkaran 1MDB dicemuh