Melompat gembira waktu ringgit lemah, bila makin kukuh kata data dimanipulasi

Penyokong tegar pembangkang yang juga digelar golongan walaun dilihat seronok ketika ringgit lemah sebaliknya mendakwa data dimanipulasi pula apabila mata wang negara semakin mengukuh.

Hal tersebut dibangkitkan pemerhati politik, Ahmad Mursi yang mendapati walaun tidak pula berkongsikan prestasi ringgit.

“Bila duit kita turun, ramai walaun kongsi graf Forex.

“Dah 6 bulan ringgit makin naik berbanding semua negara jiran. Tak share pula,” katanya.

Beliau berkata, dalam tempoh enam bulan, ringgit mengukuh berbanding hampir semua mata wang ASEAN.

“Begitu juga dengan India, China, Korea, Ukraine, Jepun, USD, Euro, Jordan, Saudi, Canada, Amerika Syarikat (AS), New Zealand, Australia.

“Walaun melompat gembira waktu ringgit lemah. Bila semakin kukuh, mereka kata data itu bohong dan dimanipulasi pula,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa data-data ekonomi menunjukkan Malaysia yang dipimpin kerajaan Madani pada masa ini berada di landasan yang betul.

“Persepsi-persepsi pembangkang tunjukkan negara kita makin jahanam. Terpulang pada kita nak jadi bijak atau bodoh.

“‘Pendusta dikata benar, yang benar dikata dusta’.. tahun-tahun tipu daya.

Semoga Negara kita makin makmur. InsyaAllah. Yang penting, mesti ada pemimpin yang Qawiyul Amin,” katanya lagi.

BACA JUGA Masuk ‘last tang konar’, pengakuan Radzi Jidin lawan kemungkaran 1MDB dicemuh

Â