Pesara TLDM jadi calon Bersatu di PRK Nenggiri

Pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Mohd Rizwadi Ismail, 41, diumumkan sebagai calon Bersatu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, 17 Ogos depan.

Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud mengumumkan pemilihan Rizwadi pada Majlis Pengumuman Calon PN, hari ini.

Nassuruddin berkata, Rizwadi dipilih kerana faktor usia calon yang masih muda memandangkan pengundi muda di DUN Nenggiri adalah tinggi.

Menurutnya, Rizwadi yang juga bekas Timbalan Ketua Pemuda Pas Gua Musang merupakan seorang aktivis yang aktif.

“Mohd Rizwadi yang juga penduduk di Bertam Lama dan menyertai Bersatu demi penduduk Nenggiri.

“Beliau tidak pernah meminta untuk menjadi calon sebaliknya ini adalah pilihan Perikatan Nasional (PN) yang memilih beliau,” katanya.

Turut hadir, Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin; Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

BACA JUGA ADUN PN papah wanita mabuk ke bilik hotel, menurut keputusan penghakiman

Â