PRK Nenggiri: PN umum calon petang ini

Menjelang empat hari lagi penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calonnya petang ini.

Berdasarkan surat jemputan kepada media, program di Renok, Gua Musang itu akan diisi dengan ceramah sebelum berlangsungnya pengumuman calon.

Dijangka Bersatu akan mempertaruhkan bekas pegawai tentera berusia 40-an yang berasal dari Kelantan.

PRK Nenggiri pada 17 Ogos depan merupakan PRK yang kesembilan selepas pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

SPR menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK itu masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos, manakala 17 Ogos sebagai hari mengundi.

BACA JUGA Adun Rembia kena minta bantuan tabung Milo Pas

Â