Sanusi tiada masalah jika Gerakan mahu keluar PN

Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, dia sendiri secara peribadi tidak ada sebarang masalah jika benar Gerakan mahu keluar dari PN.

Menteri Besar Kedah itu berkata, Gerakan perlu belajar menghormati orang Melayu dan Islam di negara ini, bukannya membuat ugutan politik.

“Sila keluar, itu komen Sanusi.

“Iyalah, semua orang nak hormat dia (Gerakan) saja, (sedangkan) dia tak reti nak hormat kita.

“Takkan semua benda kita nak hormat dia? Dia tak perlu hormat kitakah?” katanya, dipetik Malaysiakini.

Sanusi juga menambah, teguran agar menghormati orang Melayu dan Islam itu bukan saja ditujukan kepada Gerakan bahkan semua parti yang berasaskan kaum di negara ini.

“Tak payah nak ugut oranglah, kita pun dah matang. Tak payah ugut tapi sebaliknya belajar menghormat orang juga.

“Belajar hormat orang Melayu dan Islam di negara ini.

“Tak perlu ugut-ugut, politik apa ugut-ugut ni? (Politik ugut-ugut ni) lama dah tu,” katanya lagi.

BACA JUGA ADUN PN papah wanita mabuk ke bilik hotel, dedah keputusan penghakiman